CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 3, 2013

Maafkan saya budak baru belajar

Baru perasan arini ari rabu...selama jadi silent reader kalau rabu mesti title bloggers wordless...
Maafkan saya budak(mak budak lbh tepat) baru belajar berblog:-)
Kejap lagi saya tanyakan encik gugel apanye wordless 2...;-)

Gila K-Pop ka???

Tahun lepas aku 'menerai' Elianto. Dari pencuci,toner sampai la BB krim ngn compact powder.Super jimat...sebab tahan berbulan2.plus aku pula kadang2 malas pakai(muehehehe).Pencuci muka 2bulan lbh aku guna..baru 2 3 bulan lepas bb aku 2 habis.bajet nak kulit halus mcm artis korea gamaknya.Aku terpandang la offer RM120 BB Laneige.korea mari juga ni...aku pun tergedik2 g beli.Tapi itu pun selepas aku buat review dgn bantuan encik google.hehehehe... Buat permulaan setakat beli bb dulu la.RM120 pun dah menggigil bayar.
Minggu lepas kebetulan Aeon MV buat member day...terjadi la scene membeli lagi.untuk yg basic kira lengkap dah koleksi ni terutamanya utk aku yg kdg2 malas nak pakai.malam ni pakai 2 3 malam terlupa pakai.hehehe...
Baru 2 3 kali aku memang terasa sedikit perubahan.Kulit jd kurang berminyak.Kalau konsisten agaknya raya nanti bole la jd ala2 artis korea kot... Korea saja kan?menumpang minat adik yg minat Kpop.aku memang haram xtau mana2 artis Kpop ni...tapi bole kategorikan aku minat Kpop juga x?ahahahaha...

Saturday, April 20, 2013

Kembali...

Setahun lebih aku tinggalkan blog ni.Kalau rumah agaknya tebal mana la habuk dah kan?
Setahun lebih yg aku lalui antara saat sukar dalam hidup.Menghilangkan semangat hidup,menyesakkan nafas,menanggung segala bebanan jiwa.Jika tidak kuat semangat,rasanya aku tersungkur dalam menghadapi ujian Allah yg kecil ini.Kenapa aku kata kecil? Aku menyedari disaat kita merasa kita bernasib malang,ada orang lebih bernasib malang di luar hidup kita.Aku cuba bangun dan bangun walau musibah yg datang dalam setahun lebih ini begitu mencalar hati.
Walau tidak sepenuhnya pulih, kehidupan harus diteruskan.Semoga aku dan keluarga terus tabah.Kehilangan yang dialami begitu menginsafkan... Membuat aku menyedari selama ini aku jauh dari mendekatkan diri dengan Allah swt. Banyak yang ingin aku kongsikan. Ini sebabnya aku kembali ke blog aku sendiri:-)

Thursday, January 19, 2012

Banyak dan sedikit...

Haru kan kalau banyak idea untuk menulis tetapi sedikit sangat yang dikongsi dalam blog ni.haissshhh...

Idea yang datang dari segenap penjuru(bunyi macam hebat je.hahaha) buat aku jadi bingung mana yang nak ditaip,mana yang perlu disimpan dulu.Sesekali menjadi manusia yang konpius buat fikiran pun jadi tunggang langgang.
MODE:sebenarnya mood untuk balik kampung tengah bergaduh2 dengan mood beraya CNY.huhuhu.apa ka motif?inilah yang dinamakn konpius...hehehe.Korang yang baca pun mungkin konpius.

kredit utk encik Google

Saturday, January 14, 2012

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MAMA~sempurna sudah 2 tahun penyusuan

Adam Haikal Tio sudah 2 tahun
Pantasnya masa berlalu.Macam baru semalam je kenangan aku mengandung dan melahirkan. Baby yang kecil,montel(Haikal chubby 6bln pertama je pun) sekarang sudah jadi baby tua dah.hehehe...

Bila terimbas kenangan masa bos kecik ni masih bayi. Terasa anak ku yang seorang ini sudah semakin besar sekarang. Masa baby letak je atas tilam,kaki tangan bergerak tak reti diam.Sekarang...FUH!!!Melompat,memanjat,menyepahkan barang mainan,barang dapur,pakaian,main2 perang2 dengan kucing dan segala macam yang buat aku penat tapi bos kecik ni macam tak ada istilah penat.
Walaupun bos kecik agak lasak,setakat ni Alhamdulillah tak terjadi apa2 yang boleh memudaratkan diri.Harap dijauhkan  segala yang tak elok.Dari segi  perkembangan,walaupun orang sekeliling kadang kala komplen anak aku ni tak berisi (dalam lain perkataan montel,gemuk,chubby la ye) tapi aku bersyukur sangat2.Haikal tak pernah meragam cerewet pasal makan atau minum. Semua ‘ngam’ untuk tekak dia. Dah bos kecik ni nampak kurus,tinggi nak buat macam mana kan? Dah memang macam tu pun badan dia.Umur hampir setahun Haikal baru tumbuh gigi empat batang sekaligus. Lambat kan? Dua minggu selepas setahun pandai jalan pula.Sekarang Haikal sudah mula pandai bercakap. Terkadang memang rasa kagum sedikit sebab banyak perkataan yang Haikal sebut sedikit pun tiada pelat. Dan Haikal senang faham walaupun dia harus ‘swicthkan diri’(dengan mama kena berbahasa dialek Sabah,dengan papa pula kena berbahasa kantonis/mandarin). Cuma Haikal agak pemalu sedikit(sebenarnya buat2 sombong) jika berjumpa orang lain yang dia tak kenal.

Momen paling manis adalah Haikal sudah 2 tahun menyusu badan...Alhamdulillah aku berjaya menyempurnakan hak bos kecik untuk minum susu ibu sehingga usia 2 tahun. Rasa bangga tidak sesekali wujud. Malah jika diberikan rezeki ‘kedua’ aku tak ingin mengulangi kesilapan yang ‘terberlaku’(perghh ada ka perkataan ni wujud?).Haikal BUKAN EXCLUSIVE BREASTFEEDING.Sebab susu pertama yang masuk dalam perut Haikal adalah susu formula.Aku ada ceritakan disini. Tetapi aku berusaha untuk tetap memberi  susu badan walaupun hanya berjaya selepas hari kelima. Tetapi dalam tempoh bulan yang pertama, perut Haikal sudah menerima susu formula,air kosong dan susu kambing(masa Haikal jaundis) selain dari minum susu badan. Masuk bulan ketiga Haikal sudah mula diberikan makan nestum.Tapi susu formula aku dah stopkan masa Haikal berusia hampir empat bulan.Sebabnya Haikal reject habis2an botol. Ya...kesilapan memberikan selain daripada susu ibu yang aku perlu elakkan jika ada anak lagi selepas ini. Tempoh 6 bulan pertama,bayi hanya perlukan susu ibu sahaja. Kalau orang kata aku terlalu ikut ilmu dalam buku pun tak apa. Aku sekadar ingin anak aku kuat daya tahan badan. Aku takut sangat jika Haikal ada adik nanti,’dia’ akan mengalami nasib yang sama seperti Haikal.Haikal semasa bayi cukup2 sensitif dengan apa pun keadaan. Masalah ekzema,batuk,selsema,kulit sensitifbuat hati aku seakan dihiris2 setiapkali Haikal menangis bila rasa gatal,tak selesa menguasai badan  kecilnya. Apa yang aku tahu dari pembacaan di internet dan majalah PA MA,jika selain susu ibu yang diberikan kepada bayi sepanjang tempoh 6 bulan pertama.Risiko untuk mendapat alahan memang cukup tinggi. Walaupun mungkin sedikit mewarisi darah belah papanya yang ada masalah kulit sensitif tetapi sekurang2nya aku mungkin boleh mengelakkannya dari bertambah teruk lagi kan? Cukuplah hanya Haikal yang aku bawa berjumpa dengan pakar, hanya semata2 mencari solusi ekzema yang semakin hari bertambah teruk (sampai aku ‘ban’ FIL pegang cucu lelaki tunggal dia ni.Jahatnya aku kan?huhuhuhu)

Kalau tahun lepas, kami bernasib baik mendapat tiket free untuk balik kampung(bday Haikal yg 1st kami sepakat celebrate di Keningau). Tahun ni aku tak bernasib baik untuk bawa Haikal balik kampung celebrate dengan atuk,nenek.Huhuhuhu...sebabnya???encik suami tak bagi green lite. Katanya dah dekat sangat dengan CNY. Nanti 爷爷 bos kecik merajuk pula cucu lelaki tunggal dia tak ada masa CNY.ermm...nak buat macam mana. Aku pun kena jaga juga hati belah keluarga encik suami.
Untuk tahun ni,kita main air puas2 untuk celebrate bday Haikal.yeaaayyyyyy...

Nanti2 cerita pasal Haikal 2nd bday di Melaka Wonderland ni. Kita mandi dulu!!!

Thursday, November 24, 2011

Dialog agak kureng....

Situasi A

FIL aku tengah bercakap2 dalam bahasa cina dengan Haikal

Makcik Kepoh : eeehhh...nape cakap cina ngn dia.cakap la melayu

FIL : takpe biar dia pandai semua bahasa

Makcik Kepoh : nanti jadi cina la awak (sambil pandang Haikal)

FIL: cucu saya memang cina pun.Papa dia kan cina

---HAHAHAHA---

Situasi B

Aku bersembang2 dengan Haikal menggunakan dialek Sabah yang pekat

Makcik Kepoh :Laaa..nape tak ajar cakap melayu yang betul?

Aku: (sekadar tersenyum.mana ko tau bahasa seharian yang aku gunakan dari kecil ni tak betul???)

Makcik Kepoh: Bapa mentua awak cakap cina,awak cakap pula cakap Sabah.tak jadi melayu la budak ni(sambil pandang Haikal)

Aku: Saya kan orang Sabah,papa dia kan orang cina.memang takkan jadi melayu pun.

---tidak bermaksud untuk kurang ajar---


'Silent..'

Bermaksud???
hehehehehe...Aku suka sangat utk menjadi 'silent reader' setiapkali blogwalking.Dan semestinya blog aku sendiri juga sunyi sepi.idea banyak,draf sana sini tapi nak publish yang adooo...hahahahaha.

Apa la aku ni...

----Silent lagi----