CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 14, 2012

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MAMA~sempurna sudah 2 tahun penyusuan

Adam Haikal Tio sudah 2 tahun
Pantasnya masa berlalu.Macam baru semalam je kenangan aku mengandung dan melahirkan. Baby yang kecil,montel(Haikal chubby 6bln pertama je pun) sekarang sudah jadi baby tua dah.hehehe...

Bila terimbas kenangan masa bos kecik ni masih bayi. Terasa anak ku yang seorang ini sudah semakin besar sekarang. Masa baby letak je atas tilam,kaki tangan bergerak tak reti diam.Sekarang...FUH!!!Melompat,memanjat,menyepahkan barang mainan,barang dapur,pakaian,main2 perang2 dengan kucing dan segala macam yang buat aku penat tapi bos kecik ni macam tak ada istilah penat.
Walaupun bos kecik agak lasak,setakat ni Alhamdulillah tak terjadi apa2 yang boleh memudaratkan diri.Harap dijauhkan  segala yang tak elok.Dari segi  perkembangan,walaupun orang sekeliling kadang kala komplen anak aku ni tak berisi (dalam lain perkataan montel,gemuk,chubby la ye) tapi aku bersyukur sangat2.Haikal tak pernah meragam cerewet pasal makan atau minum. Semua ‘ngam’ untuk tekak dia. Dah bos kecik ni nampak kurus,tinggi nak buat macam mana kan? Dah memang macam tu pun badan dia.Umur hampir setahun Haikal baru tumbuh gigi empat batang sekaligus. Lambat kan? Dua minggu selepas setahun pandai jalan pula.Sekarang Haikal sudah mula pandai bercakap. Terkadang memang rasa kagum sedikit sebab banyak perkataan yang Haikal sebut sedikit pun tiada pelat. Dan Haikal senang faham walaupun dia harus ‘swicthkan diri’(dengan mama kena berbahasa dialek Sabah,dengan papa pula kena berbahasa kantonis/mandarin). Cuma Haikal agak pemalu sedikit(sebenarnya buat2 sombong) jika berjumpa orang lain yang dia tak kenal.

Momen paling manis adalah Haikal sudah 2 tahun menyusu badan...Alhamdulillah aku berjaya menyempurnakan hak bos kecik untuk minum susu ibu sehingga usia 2 tahun. Rasa bangga tidak sesekali wujud. Malah jika diberikan rezeki ‘kedua’ aku tak ingin mengulangi kesilapan yang ‘terberlaku’(perghh ada ka perkataan ni wujud?).Haikal BUKAN EXCLUSIVE BREASTFEEDING.Sebab susu pertama yang masuk dalam perut Haikal adalah susu formula.Aku ada ceritakan disini. Tetapi aku berusaha untuk tetap memberi  susu badan walaupun hanya berjaya selepas hari kelima. Tetapi dalam tempoh bulan yang pertama, perut Haikal sudah menerima susu formula,air kosong dan susu kambing(masa Haikal jaundis) selain dari minum susu badan. Masuk bulan ketiga Haikal sudah mula diberikan makan nestum.Tapi susu formula aku dah stopkan masa Haikal berusia hampir empat bulan.Sebabnya Haikal reject habis2an botol. Ya...kesilapan memberikan selain daripada susu ibu yang aku perlu elakkan jika ada anak lagi selepas ini. Tempoh 6 bulan pertama,bayi hanya perlukan susu ibu sahaja. Kalau orang kata aku terlalu ikut ilmu dalam buku pun tak apa. Aku sekadar ingin anak aku kuat daya tahan badan. Aku takut sangat jika Haikal ada adik nanti,’dia’ akan mengalami nasib yang sama seperti Haikal.Haikal semasa bayi cukup2 sensitif dengan apa pun keadaan. Masalah ekzema,batuk,selsema,kulit sensitifbuat hati aku seakan dihiris2 setiapkali Haikal menangis bila rasa gatal,tak selesa menguasai badan  kecilnya. Apa yang aku tahu dari pembacaan di internet dan majalah PA MA,jika selain susu ibu yang diberikan kepada bayi sepanjang tempoh 6 bulan pertama.Risiko untuk mendapat alahan memang cukup tinggi. Walaupun mungkin sedikit mewarisi darah belah papanya yang ada masalah kulit sensitif tetapi sekurang2nya aku mungkin boleh mengelakkannya dari bertambah teruk lagi kan? Cukuplah hanya Haikal yang aku bawa berjumpa dengan pakar, hanya semata2 mencari solusi ekzema yang semakin hari bertambah teruk (sampai aku ‘ban’ FIL pegang cucu lelaki tunggal dia ni.Jahatnya aku kan?huhuhuhu)

Kalau tahun lepas, kami bernasib baik mendapat tiket free untuk balik kampung(bday Haikal yg 1st kami sepakat celebrate di Keningau). Tahun ni aku tak bernasib baik untuk bawa Haikal balik kampung celebrate dengan atuk,nenek.Huhuhuhu...sebabnya???encik suami tak bagi green lite. Katanya dah dekat sangat dengan CNY. Nanti 爷爷 bos kecik merajuk pula cucu lelaki tunggal dia tak ada masa CNY.ermm...nak buat macam mana. Aku pun kena jaga juga hati belah keluarga encik suami.
Untuk tahun ni,kita main air puas2 untuk celebrate bday Haikal.yeaaayyyyyy...

Nanti2 cerita pasal Haikal 2nd bday di Melaka Wonderland ni. Kita mandi dulu!!!

0 comments:

Post a Comment