CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 26, 2011

Bday @ Cameron Highlands

April 2011(14/04-16/04)... buat pertama kalinya aku,encik suami dan bos kecik telah pergi bercuti2 Malaysia di Cameron Highlands.Tapi bukan setakat bertiga saja tapi encik suami angkut sekali adik beradik,anak buah & ayah encik suami (bapa mentua aku la...).Mulanya plan yg ada sentiasa berubah2.Adik aku Nadia mulanya gatal2 kaki juga nak turun KL untuk join bercuti2 Malaysia ni.Lepas 2 dia dengan gatalnya juga kensel.Adik beradik encik suami jangan cakap la.Sekejap nak ikut sekejap  kata tak jadi.

Tiba harinya...berangkut la 2  kereta pergi Cameron Highlands.rosak sungguh bahasa aku ni.

kancil yg sayup2 pandangan kat depan dipandu khas oleh kakak ipar ku.ahahaha
Encik suami terchenta ku...

Bos kecik yg nda mau tidur sepanjang perjalanan ke CH

Disebabkan tuan punya blog ni agak malas untuk buat entri baru,maka terjadi la entri yang back dated.maka idea yang ada pun habis dicut-cut...hahahaha.Jom kita layan gambar ja la ya.

HARI PERTAMA...
Family trip ini selamat tiba di CH, hujan lebat pula masa tu.Disebabkan masih hujan,kepala masing2 pun pening (jalan macam ular ja~ikut jalan dari Tapah).Adalah lebih baik kita mengcheck-in dulu.Bagi bos kecik makan,aku & encik suami pun perlu solat dulu.Hujan masih lebat masa tu tapi yang penting isi perut dulu.Semua suda lapar maa...Lepas makan,hujan pun sudah reda.apalagi mari kita jalan2...cuma sempat singgah tengok kaktus dan singgah di Brinchang.Besok ada lagi...hehehehe

Bos kecik dengan kakak sepupunya, Yan Yan (owh bos kecik ku ini ada nama chenanya juga Kal Kal)



harus mengambil gambar walaupun kepala masih pening lagi...pheewww...






meh kita berkenalan dengan ipar duai aku pula ye...(xclusif la kunun ni.kata family trip kan.mestilah ada gambar family kunun)
Ni adik encik suami...Shan Shan.yg  comel dalam pelukan dia  tu anak kedua, Du Du
Kakak encik suami dgn anak sulung Shan Shan
Baju kuning tu pula adik encik suami yng bungsu...Khee Khee



HARI KEDUA...
sejuknya pagi di sini!!!terasa mau sambung tidur ja.tapi disebabkan encik suami sudah bagitau untuk bersiap awal terpaksalah melupakan niat untuk bangun lambat sikit (kes tido selepas subuh la ni.kalau di kampung ni suda kena bebel sama mem besar.sampai petang pun nda habis lagi tu kena marah.rindu sama mama.uina tiba2 ni)
Breakfast encik suami pilih untuk makan makanan melayu atau mamak.Ipar duai & bapa mentua ku biasalah mesti cari makanan orang cina kan.Selesai breakfast...kitorang boleh layan aircond dalam kereta lagi.Keluarga encik suami belum muncul2.aiseh...makan apa la sampai lama betul tu ya.
Destinasi pertama hari ni,mari kita serang ladang teh....

Bos kecik tidur...
muka serius kunun ni baru bangun tidur...
suka gambar ni...ehehehe
Keluarga encik suami bertolak balik ke KL lepas makan tengahari. Aku, encik suami & bos kecik masih ada sehari lagi disini untuk berjimba-jimba.ehehehe...
Bos kecik pengsan kepenatan...jgn heran la ya.byk betul dia ni pakai warna merah.anak  chena la  katakan
Hepi Bday 2 Me...tgk sapa yang lbh2 mo tiup lilin?
HARI KETIGA...
Kami anak beranak layan tidur dalam kesejukan.best yang teramat...bangun lewat pun udara masih sejuk.Kalau di KL ni bahang ja terasa kalau bangun pukul 9 ke atas.Plan awal kononnya macam semalam la.Bangun pukul 8,bersiap,sarapan dan jalan2 lagi.Tapi yang adooo...hahahaha.Bos kecik pun layan mata juga  sampai pukul 9 pun dia belum terjaga lagi.Encik suami pun masih sedap berdengkur lagi.ahahaha...
Jom layan gambar lagi...

Sila fokus kabus yg jadi background...I loike!!!
Misi utama hari terakhir di CH ini hanyalah bersoping2 dan singgah di mana2 yang sempat.Lagipun cuaca agak mendung2,berkabus dan hujan yg tiba2 turun.
Taraa...ni la tempat kami menginap
Ruang tamu
Dapur...peralatan yang lengkap macam di rumah sendiri
Bilik tido...ada 3 bilik tido.semua lengkap dgn pakej bilik air sekali.hehehe

Bos kecik tgk apa itu???


Balik KL!!!Jom pening2 lagi...(sekali lagi harus melalui Tapah.Sebab kami nak singgah di Lata Iskandar sekejap...)

Bos kecik yg baru terjaga dari tido(secara paksaan.hehehe..) bersama mama yg bajet cun..

Yeayyy...berjaya suda misi cuti2 Msia di CH.jom balik KL~yg sesak,yg jammed,yg panas(huhuhu)

Monday, May 9, 2011

Mom & Baby Expo 2011

Dgn semangat berjalan2 yang tinggi,aku,encik suami & bos kecik telah selamat menghadirkan diri ke Mom & Baby Expo 2011.Tahun lepas aku pergi berdua je dgn bos kecik.Masa 2 bos kecik baru je dalam 4 5 bulan.Encik suami pula kerja time 2.Tahun ni tahun ketiga aku dgn suka hatinya terlibat menceriakan dan meramaikan(serta membazirkan) ~ amboi banyaknya 'me' pula kan...expo2 keibubapaan ni.owh....kalians kena campur saat aku mengandung+tahun lepas+tahun ni=maknanya dah tahun ketiga la kan kan kan?

untuk tahun ni aku dan encik suami bekerjasama untuk mengambil goody bag..ahahaha.bkn tamak ye.Orang lain bergabung tenaga1 family semata-mata nak dapatkan goody bag ni.bukan setakat itu  je sebenarnya,semua nak join untuk lucky draw...aku sudah berangan2 untuk dapat la kiranya stroller yang cumel itew...
gambar pinjam incik google punya..ehehehe.Dalam lucky draw semalam,stroller 2 warna hitam.akak bawak baby yang masih merah lagi dalam baby sling yang dapat.bertuahnya akak 2...hancur harapan...tsssskkkk

takde apa yang perlu dirembat(selamat duit encik suami kan). Memandangkan Haikal pun sudah terlebih2 baju,terlebih2 mainan(dan ya terlebih2 manja juga~yg ni tidak dijual dimana2.hehehe),tiada apa hasil untuk dirembat dari booth2 yang banyak itu.lain kali la ye...
Barang2 dalam gooy bag ni pun dah cukup banyak dah...ahahaha


Hasil rembatan...
saja gatal2 beli diaper ni.Brand Lampein...beli 3 pek kecik ni utk RM10 dapat free gift sehelai diaper brand Chikool.Diaper ni lbh krg mcm Drypers je pun.Haikal lebih pakai CD ngn kain lampin biasa.Diaper setakat pakai untuk tido malam dan keluar berjalan je.

ada expo mcm ni lagi ke???Insyaallah aku hadirkan diri..ehehehehe.(memang kaki jalan pun...tidak perlu ajak pun kalau dah tau info mesti gatal kaki dah nak berjalan.)

Friday, May 6, 2011

Bersalin Normal selepas Czer

Untuk kelahiran anak sulung (yang makin lasak dan lasak sekarang) aku terpaksa melahirkannya secara pembedahan.Walaupun berusaha untuk melahirkan secara normal tapi nasib tidak menyebelahi.Tapi jangan tak tahu pula ye,aku berazam baby seterusnya aku mampu bersalin normal.Dalam kononnya berazam tu,aku terfikir gak boleh ke tidak,mampu ke tidak untuk bersalin normal.Godek sana sini aku terjumpa info yang aku rasa cukup tepat untuk menerangkan(pada diri sendiri) kemungkinan aku boleh bersalin normal.Bila?(ahahaha..aku macam terdengar ada orang bertanya).Tunggu la sampai encik suami bg green light untuk mengandung lagi...Jom kita kita sama2 share info ni.....


Jika seseorang yang telah bersalin dengan caesarean/C-section(bersalin secara pembedahan),dia mempunyai peluang untuk bersalin secara normal .Dalam bahasa inggeris,ia dipanggil ”Vaginal birth after cesarean(VBAC)
Namun begitu tidak semua yang sudah melalui c-section boleh melakukan VBAC.Pelbagai perkara perlu dipertimbang sebelum melalukan VBAC.
Siapakah yang SESUAI untuk melakukan VBAC?

  • Tidak lebih dari dua kali c-section
  • C-section yang dilakukan adalah di bahagian bawah(lower segment)


Photobucket


  • Tiada sebab untuk melakukan c-section,seperti placenta previa(uri bayi terletak di bahagian bawah,menutupi ruang untuk bayi keluar)
  • Pernah melalui bersalin secara normal dengan jayanya
Siapakah yang TIDAK SESUAI untuk melakukan VBAC?
  • 2 kali atau lebih c-section dan tidak pernah bersalin secara normal
  • Bayi yang besar
Photobucket

  • Kegemukan(obese)
  • Kembar lebih dari tiga(kembar 2 boleh secara VBAC dengan syarat dua-dua kepala di bahagian bawah)
  • Rahim pernah terkoyak ketika bersalin sebelum ini
  • Mempunyai masalah kesihatan yang memungkinkan berlakunya masalah jika bersalin normal
Kelebihan VBAC
  • Komplikasi berkurang-
Berdasarkan US centers for disease control(CDC),C-section tergolong dalam pembedahan major abdomen yang mempunyai kadar komplikasi ,kemasukan semula ibu selepas bersalin ke hospital serta komplikasi  yang memerlukan bayi dimasukkan ke ICU yang tinggi.
Sebarang jangkitan penyakit dan kehilangan darah dapat dielakkan jika melakukan VBAC.
  • Kos VBAC adalah lebih murah.
  • Penyusuan pada bayi tanpa masalah-Dengan VBAC ,anda dapat menyusukan anak dengan lebih cepat dan tanpa masalah daripada C-section.
  • Masa kembali pulih lebih pendek-masa yang diperlukan untuk tinggal di hospital adalah lebih pendek.Kesakitan juga kurang dengan VBAC.
  • Kesan pada hamil di masa akan datang-Jika bercadang untuk mempunyai keluarga yang lebih besar,VBAC adalah pilihan yang bijak.C-section akan menyebabkan lebih komplikasi setiap kali c-section manakala jika melakukan VBAC secara berulang akan memudahkan proses melahirkan anak.
Risiko VBAC
  • Jahitan pada pembedahan lama berkemungkinan untuk koyak smula.Namun begitu perkara ini jarang berlaku,peratusnya alalah lebih kurang 0.2 hingga 1.5%.Parut ini juga boleh terkoyak jika otot rahim terlalu lemah (berkemungkinan disebabkan jangkitan atau hamil kembar)
Photobucket

  • Jika percubaan VBAC gagal dan bertukar kepada c-section,risiko untuk mendapat sebarang jangkitan adalah lebih tinggi berbanding C-section yang telah dirancang.
Apakah yang perlu anda lakukan jika VBAC adalah pilihan anda?
1.       Belajar tentang VBAC-ambil kelas berkaitan bersalin secara VBAC,termasuk pasangan anda jika boleh.Selain itu ,bincang perkara berkaitan dengan doctor anda.Pastikan doctor anda mempunyai maklumat kesihatan anda,termasuklah rekod tentang c-section sebelum ini dan sebarang prosedur yang pernah dilakukan pada rahim anda.
2.       Pastikan kesihatan diri dijaga-.Ambil diet yang sihat, mengamalkan aktiviti fizikal yang sesuai dan mendapat rehat yang secukupnya.
3.       Pastikan pusat kesihatan anda tersedia sepanjang waktu hamil anda-pengawasan secara terperinci dapat mengurangkan sebarang komplikasi.
4.       Pilih hospital yang lengkap dengan segala peralatan-Cari hospital yang mempunyai segala kelengkapan untuk mengawasi bayi anda secara berterusan,pasukan pembedahan yang dapat bertindak dengan cepat,dan berkebolehan untuk memberi bius dan pemindahan darah 24 jam .
5.       Jika boleh,beri peluang untuk bersalin secara normal-ubat untuk membantu proses bersalin sebolehnya dielakkan,ini untuk mengelakkan dari berlakunya risiko rahim terkoyak terutama jika cerviks masih ketat dan belum sedia untuk bersalin.
6.       Bersedia untuk sebarang kemungkinan  C-section –terdapat segelintir wanita hamil atau wanita bersalin memerlukan C-section walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersalin secara normal.Sebagai contoh,jika wanita tersebut mendapat preeclampsiaatau sebarang komplikasi ,masalah dengan uri atau tali pusat,bayi dalam keadaan songsang,proses bersalin gagal atau bayi dalam perut tidak tahan kontraksi semasa kelahiran.
Apakah yang anda boleh jangkakan?
Jika anda memilih untuk melakukan VBAC,penjagaan sebelum bersalin adalah seperti mana penjagaan untuk wanita hamil yang lain.Apabila sampai waktu untuk bersalin,anda akan melalui proses yang sama seperti wanita lain.Ini dipanggil “percubaan untuk bersalin(trial of labor)”
  • Kemasukan awal ke hospital-doktor anda akan meminta anda untuk memberitahu mereka jika air ketuban pecah atau anda mula merasa sakit untuk melahirkan anak(labour pain).Bersalin di rumah bukan pilihan yang bijak jika telah melalui C-section sebelum ini.
  • Ubat tahan sakit-Jika anda memilih untuk mengambil ubat tahan sakit,anda mempunyai pelbagai pilihan,kebiaasaanya ialah bius epidural.
  • Pengawasan secara berterusan-pasukan perubatan akan memastikan kadar denyutan jantung anak anda dan memastikan proses kelahiran adalah normal.
  • Sebarang masalah ketika proses bersalin-Masalah atau pemanjangan waktu bersalin akan meningkat risiko berlakunya rahim terkoyak.Jika ini berlaku,C-section terpaksa dilakukan juga.
Pendapat penulis
Pemilihan bersalin secara normal selepas  C-section adalah BAGUS.Namun begitu, risiko berlakunya rahim terkoyak PERLU DIPERTIMBANGKAN..Jika ini berlaku,terdapat dua jenis rawatan:
1.Repair  of the tear(menjahit semula koyakan pada rahim):
Rawatan ini hanya akan dilakukan  pada:
  • perempuan yang mempunyai keinginan untuk mempunyai anak  lagi
  • koyakan  bahagian bawah rahim
  • koyakan tidak bersambung ke bahagian selain rahim(broad ligament,cerviks,tepi vagina)
  • pendarahan pada rahim yang dapat dikawal
  • keadaan kesihatan yang memuaskan
  • tiada masalah dengan darah
2.Pembuangan terus rahim(hysterectomy)
Rawatan ini akan menjadi pilihan pada doctor jikalau pendarahan rahim sukar dikawal atau koyakan lebih dari satu tempat.
Jika ini berlaku,anda tiada peluang untuk mendapat anak lagi.
Photobucket