CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 6, 2011

Bersalin Normal selepas Czer

Untuk kelahiran anak sulung (yang makin lasak dan lasak sekarang) aku terpaksa melahirkannya secara pembedahan.Walaupun berusaha untuk melahirkan secara normal tapi nasib tidak menyebelahi.Tapi jangan tak tahu pula ye,aku berazam baby seterusnya aku mampu bersalin normal.Dalam kononnya berazam tu,aku terfikir gak boleh ke tidak,mampu ke tidak untuk bersalin normal.Godek sana sini aku terjumpa info yang aku rasa cukup tepat untuk menerangkan(pada diri sendiri) kemungkinan aku boleh bersalin normal.Bila?(ahahaha..aku macam terdengar ada orang bertanya).Tunggu la sampai encik suami bg green light untuk mengandung lagi...Jom kita kita sama2 share info ni.....


Jika seseorang yang telah bersalin dengan caesarean/C-section(bersalin secara pembedahan),dia mempunyai peluang untuk bersalin secara normal .Dalam bahasa inggeris,ia dipanggil ”Vaginal birth after cesarean(VBAC)
Namun begitu tidak semua yang sudah melalui c-section boleh melakukan VBAC.Pelbagai perkara perlu dipertimbang sebelum melalukan VBAC.
Siapakah yang SESUAI untuk melakukan VBAC?

  • Tidak lebih dari dua kali c-section
  • C-section yang dilakukan adalah di bahagian bawah(lower segment)


Photobucket


  • Tiada sebab untuk melakukan c-section,seperti placenta previa(uri bayi terletak di bahagian bawah,menutupi ruang untuk bayi keluar)
  • Pernah melalui bersalin secara normal dengan jayanya
Siapakah yang TIDAK SESUAI untuk melakukan VBAC?
  • 2 kali atau lebih c-section dan tidak pernah bersalin secara normal
  • Bayi yang besar
Photobucket

  • Kegemukan(obese)
  • Kembar lebih dari tiga(kembar 2 boleh secara VBAC dengan syarat dua-dua kepala di bahagian bawah)
  • Rahim pernah terkoyak ketika bersalin sebelum ini
  • Mempunyai masalah kesihatan yang memungkinkan berlakunya masalah jika bersalin normal
Kelebihan VBAC
  • Komplikasi berkurang-
Berdasarkan US centers for disease control(CDC),C-section tergolong dalam pembedahan major abdomen yang mempunyai kadar komplikasi ,kemasukan semula ibu selepas bersalin ke hospital serta komplikasi  yang memerlukan bayi dimasukkan ke ICU yang tinggi.
Sebarang jangkitan penyakit dan kehilangan darah dapat dielakkan jika melakukan VBAC.
  • Kos VBAC adalah lebih murah.
  • Penyusuan pada bayi tanpa masalah-Dengan VBAC ,anda dapat menyusukan anak dengan lebih cepat dan tanpa masalah daripada C-section.
  • Masa kembali pulih lebih pendek-masa yang diperlukan untuk tinggal di hospital adalah lebih pendek.Kesakitan juga kurang dengan VBAC.
  • Kesan pada hamil di masa akan datang-Jika bercadang untuk mempunyai keluarga yang lebih besar,VBAC adalah pilihan yang bijak.C-section akan menyebabkan lebih komplikasi setiap kali c-section manakala jika melakukan VBAC secara berulang akan memudahkan proses melahirkan anak.
Risiko VBAC
  • Jahitan pada pembedahan lama berkemungkinan untuk koyak smula.Namun begitu perkara ini jarang berlaku,peratusnya alalah lebih kurang 0.2 hingga 1.5%.Parut ini juga boleh terkoyak jika otot rahim terlalu lemah (berkemungkinan disebabkan jangkitan atau hamil kembar)
Photobucket

  • Jika percubaan VBAC gagal dan bertukar kepada c-section,risiko untuk mendapat sebarang jangkitan adalah lebih tinggi berbanding C-section yang telah dirancang.
Apakah yang perlu anda lakukan jika VBAC adalah pilihan anda?
1.       Belajar tentang VBAC-ambil kelas berkaitan bersalin secara VBAC,termasuk pasangan anda jika boleh.Selain itu ,bincang perkara berkaitan dengan doctor anda.Pastikan doctor anda mempunyai maklumat kesihatan anda,termasuklah rekod tentang c-section sebelum ini dan sebarang prosedur yang pernah dilakukan pada rahim anda.
2.       Pastikan kesihatan diri dijaga-.Ambil diet yang sihat, mengamalkan aktiviti fizikal yang sesuai dan mendapat rehat yang secukupnya.
3.       Pastikan pusat kesihatan anda tersedia sepanjang waktu hamil anda-pengawasan secara terperinci dapat mengurangkan sebarang komplikasi.
4.       Pilih hospital yang lengkap dengan segala peralatan-Cari hospital yang mempunyai segala kelengkapan untuk mengawasi bayi anda secara berterusan,pasukan pembedahan yang dapat bertindak dengan cepat,dan berkebolehan untuk memberi bius dan pemindahan darah 24 jam .
5.       Jika boleh,beri peluang untuk bersalin secara normal-ubat untuk membantu proses bersalin sebolehnya dielakkan,ini untuk mengelakkan dari berlakunya risiko rahim terkoyak terutama jika cerviks masih ketat dan belum sedia untuk bersalin.
6.       Bersedia untuk sebarang kemungkinan  C-section –terdapat segelintir wanita hamil atau wanita bersalin memerlukan C-section walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersalin secara normal.Sebagai contoh,jika wanita tersebut mendapat preeclampsiaatau sebarang komplikasi ,masalah dengan uri atau tali pusat,bayi dalam keadaan songsang,proses bersalin gagal atau bayi dalam perut tidak tahan kontraksi semasa kelahiran.
Apakah yang anda boleh jangkakan?
Jika anda memilih untuk melakukan VBAC,penjagaan sebelum bersalin adalah seperti mana penjagaan untuk wanita hamil yang lain.Apabila sampai waktu untuk bersalin,anda akan melalui proses yang sama seperti wanita lain.Ini dipanggil “percubaan untuk bersalin(trial of labor)”
  • Kemasukan awal ke hospital-doktor anda akan meminta anda untuk memberitahu mereka jika air ketuban pecah atau anda mula merasa sakit untuk melahirkan anak(labour pain).Bersalin di rumah bukan pilihan yang bijak jika telah melalui C-section sebelum ini.
  • Ubat tahan sakit-Jika anda memilih untuk mengambil ubat tahan sakit,anda mempunyai pelbagai pilihan,kebiaasaanya ialah bius epidural.
  • Pengawasan secara berterusan-pasukan perubatan akan memastikan kadar denyutan jantung anak anda dan memastikan proses kelahiran adalah normal.
  • Sebarang masalah ketika proses bersalin-Masalah atau pemanjangan waktu bersalin akan meningkat risiko berlakunya rahim terkoyak.Jika ini berlaku,C-section terpaksa dilakukan juga.
Pendapat penulis
Pemilihan bersalin secara normal selepas  C-section adalah BAGUS.Namun begitu, risiko berlakunya rahim terkoyak PERLU DIPERTIMBANGKAN..Jika ini berlaku,terdapat dua jenis rawatan:
1.Repair  of the tear(menjahit semula koyakan pada rahim):
Rawatan ini hanya akan dilakukan  pada:
  • perempuan yang mempunyai keinginan untuk mempunyai anak  lagi
  • koyakan  bahagian bawah rahim
  • koyakan tidak bersambung ke bahagian selain rahim(broad ligament,cerviks,tepi vagina)
  • pendarahan pada rahim yang dapat dikawal
  • keadaan kesihatan yang memuaskan
  • tiada masalah dengan darah
2.Pembuangan terus rahim(hysterectomy)
Rawatan ini akan menjadi pilihan pada doctor jikalau pendarahan rahim sukar dikawal atau koyakan lebih dari satu tempat.
Jika ini berlaku,anda tiada peluang untuk mendapat anak lagi.
Photobucket

0 comments:

Post a Comment