Barang2 pun sudah hampir siap aku kemaskan dalam luggage bag.Tak banyak sangat pun aku bawa kali ni.Tapi encik suami kata aku ni pelik sebab bawak sampai 3 pek diapers dari sini.huahahaha...macam la kat Keningau tu tak ada jual kan?Tapi harga kat sana mahal.Kalau aku nak survey mana yang murah.Penat la kaki berjalan...Aku kan dah biasa soping2 di MV,1U etc...(ceh berlagaknya.Time kecik2 macamlah aku dah bersoping di KL kan.Sedarkan diri anda ye~utk diri sendiri :P)
Aku bawa 2 pek Huggies M42 dan 1 pek Mamypoko Korea M80(yang ni beli online).Banyak kan?Bos kecik pula cuma pakai diaper ni time malam je atau keluar berjalan.Kalau di rumah aku memang pakaikan lampin kain biasa ja.
Ehhh...CD2 bos kecik kan banyak?Lampin kain biasa pun ada kat kampung.Huhuhu...masalah utamanya sekarang elastic band belah paha tu dah longgar.Aku try juga buat2 permintaan kat butik Lunatots untuk tukarkan getah tu walaupun sudah lebih dari waranti.Tapi belum ada respon pun lagi.Huhuhuhu...so aku perap la dulu CD2 yang ada.Setakat ni bos kecik ada 14 helai CD.CD yang elok pun tinggal berapa helai ja lagi pun.Lunatots ada 2 helai,Coolababy 4 helai.Setiap hari aku selang selikan bos kecik pakai CD dan lampin kain biasa.EEEEHHHH...terOFF TOPIC suda.ehehehehe.Pasal CD nanti cerita dalam entri lain la...(bila la aku rajin mengupadate tu)
Selain diapers,aku setakat bawa baju2 bos kecik untuk raya nanti.Aku cuma sempat beli sehelai je.Ye la sale Raya belum start lagi.Kuku (makcik2 bos kecik-panggilan dalam bahasa chena:)) pun ada belikan bos kecik baju~save duit sikit.ehehehe...
*
*
*
![]() |
| Yang ni mama n papa yg belikan...T shirt beli kat Jusco,Jeans pula beli kat Baby's Day Out TV3 |
![]() |
| Yang ni Kuku belikan...Disebabkan bos kecik lahir dalam Tahun Lembu,Makcik2 dia memang suka belikan baju Moo moo untuk anak aku ni. |
![]() |
| Huggies ni RM19.90,beli masa Member Day UO |
*
*
*
Tahun ni juga pertama kalinya encik suami akan berpuasa sorang2 di Kl~tssskkkk....Ikutkan plan asal aku cuma balik kampung sampai hujung bulan 7 ja.Tapi dek kerana harga tiket flight raya mahal...encik suami putuskan supaya aku terus bercuti sampai hujung bulan 9 kat kampung.Baik kan encik suami aku?I lebiu encik suami...Encik suami aku kata kami akan hidup bersama sampai hujung nafas.Dan aku pun sudah lebih 10 tahun jadi anak perantau.Peluang berpuasa bersama mak bapak sudah lama juga tidak aku berkesempatan.Jadi encik suami kata gunakan peluang ni untuk berpuasa dengan keluarga macam masa kecik2 dulu.Huhuhu...terharu sungguh aku tau.Dia kata kami masih berpeluang untuk berpuasa bersama masa akan datang (Insyaallah).Yelah...sejak dewasa ni banyak betul perkara yang biasa kita lakukan masa kecik sudah kita tinggalkan kan?Bergenang air mata semasa menaip entri ni.Syahdu pula tiba2...Bila agaknya aku mampu membalas jasa mak dan bapak?Tidak termampu rasanya membalas walau aku punya segunung emas...Huhuhuhu.Stop dulu.Nanti banjir pula blog.Tiba2 terEMO pula...



