Malam semalam pula badan tiba2 panas lagi,batuk berkahak sudah 2 3 hari.Walaupun macam tu bos kecik ni tetap maintain aktif panjat sana sini, buli Bubu, main bubut2 sendiri keliling rumah.Tapi bila memikirkan bos kecik siang elok ja main,lasak seperti biasa tetapi malam akan menyebabkan tido mama tak lena sebab bos kecik akan terjaga sambil menangis2 (kes hidung tersumbat, payah untuk bernafas la ni),menyusu pun menangis juga.Akhirnya aku ajak encik suami untuk bawa bos kecik ke klinik untuk buat rawatan sedut kahak (ye la budak lagi mana la tau untuk buang kahak sendiri). Sebelum ni aku pernah terbaca dalam web ni www.bengkungmoden.com yang mana barulah aku tau ubat selsema ni tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Melalui web ni juga aku dapat info pasal klinik ni.Info yang sangat2 berguna...
Lepas encik suami balik dari kerja, kami terus ke klinik ni
***************
Klinik Wangsa
No 46
Jalan 2A/27A
Seksyen 1, Wangsa Maju
***************
Bos kecik seronok lari sana sini masa sampai di klinik.Siri tangis+jerit+nangis+jerit bermula selepas kami masuk ke bililk rawatan. Step pertama nurse masukkan ubat demam katanya dari lubang dubur.Masa tu bos kecik nangis sekejap je (bos kecik ni agak fobia jumpa doktor sejak tragedi air teh).Step seterusnya pula bos kecik kena guna nebulizer.Fuh!!! walaupun tangan dan kaki dipegang,dikepit bos kecik masih tetap meronta-ronta nak lepaskan diri.Terjerit2 nangis...sayu rasa hati ni.Tapi nak buat macam mana.Aku pujuk bos kecik ni semua supaya dia cepat sembuh,elok,sihat seperti biasa.Encik suami pula tolong pegang benda untuk ditekup di hidung dan mulut bos kecik(tak tau apa namanya)
Berpeluh2 bos kecik dalam siri tangis+jerit+tangis+jerit ni.Lebih kurang dalam 20 minit juga la.Kesian bos kecik...aku terdengar dia sebut mama tenggelam timbul dalam jeritan tangis dia tu.
Selesai je,doc tanya nak buat suction untuk keluarkan kahak ke tidak.aku terus jawab Ya.Bagi aku itu yang sebaiknya.Kalau dibiarkan takut melarat pula.Lebih2 lagi sebelah encik suami macam ada sejarah asma.
![]() |
| Lebih kurang macam ni la rupa nebulizer kat klinik tu.Aku tak amik gambar pun.lebih beri perhatian dengan bos kecik.Gambar pinjam incik google.hehehe.mcm x besa pula kan |
Berpeluh2 bos kecik dalam siri tangis+jerit+tangis+jerit ni.Lebih kurang dalam 20 minit juga la.Kesian bos kecik...aku terdengar dia sebut mama tenggelam timbul dalam jeritan tangis dia tu.
Selesai je,doc tanya nak buat suction untuk keluarkan kahak ke tidak.aku terus jawab Ya.Bagi aku itu yang sebaiknya.Kalau dibiarkan takut melarat pula.Lebih2 lagi sebelah encik suami macam ada sejarah asma.
Sekali lagi bos kecik kena berjuang dalam siri tangis+jerit+nangis+jerit. Nasib baik la aku sudah dapat info tentang proses ni.Kalau tidak kompom aku panik atau turut serta dalam siri tangis+jerit+nangis+jerit ni. Masa suction ni hidung bos kecik berdarah sikit...Kesian sangat2 dengan dia.Nda apa ya sayang.Cikit ja ni.Haikal kuat kan...
Selepas selesai,ambil ubat...vroommmm balik rumah.Bos kecik menyusu terus tertidur.Selalunya kalau sampai rumah mesti dia terjaga.Mungkin penat sangat tangis+jerit+nangis+jerit tadi tambah pula petangnya bos kecik tidak tido,terus ja ZZZzzzzzZZZZ
P/S:Layanan Dr Halim sangat2 memuaskan hati.Terima kasih banyak2:)
* Bubut - Kejar

0 comments:
Post a Comment