Aku MARAH,BENGANG,TERKILAN & bermacam lagi perasaan yang kurang baik,kurang ajar juga mungkin.Aku sendiri bukan anak yang baik.Itu aku akui...selepas hampir 6 tahun grade, aku masih belum mendapat pekerjaan yang membolehkan aku berbakti dan membalas jasa kedua ibu bapa. Selepas berkahwin,mengandung dan melahirkan anak,aku terpaksa akur untuk terus bergelar suri rumah.Banyak perancangan yang kurang menjadi tetapi masih dalam tahap KIV(bukan untuk terus ditolak ke tepi).
Rasa MARAH,BENGANG,TERKILAN ini seharusnya bertamu dalam jiwa ketika ini.Macam yang aku katakan tadi aku bukan anak yang baik tetapi BAIKKAH SEORANG ANAK ITU BILA SUDAH BERPANGKAT BESAR,BERGAJI BESAR,HIDUP SENANG menjadikan SEORANG BAPA YANG BIAR BAGAIMANA SEKALI PUN SIKAP ATAU PERANGAINYA, KECIL SEHINGGA SEAKAN-AKAN TIDAK WUJUD DALAM HIDUP MEREKA LAGI???!!!
Sejujurnya aku TERKILAN tetapi segera aku singkirkan jauh dari kotak fikiran bila di hari bersejarah aku 3 tahun lepas MEREKA sedikit pun tidak muncul.Aku ingin selamanya berfikiran positif(biarpun terlalu banyak perkara pahit aku lalui sejak zaman kanak-kanak).Aku selalu berfikir siapalah diri ini...(dan kami adik beradik).Aku tahu selamanya masyarakat memandang serong status Isteri Kedua(dan ya Ibu kesayangan kami adalah isteri kedua & kami adik beradik adalah anak dari isteri kedua).Mungkin itu juga yang MEREKA anggap kami selama ini.Maka tidak perlu ambil tahu soal anak-anak perampas ini agaknya(mengapa harus timbul soal rampas merampas agaknya.HUH!!!).
Tetapi itu bukan penyebabnya aku jadi EMO SANGAT2.Aku pelik kenapa mesti berita yang melibatkan MEREKA harus BAPA ketahui dari mulut orang lain.Kenapa bukan MEREKA sampaikan sendiri atau sememangnya MEREKA ENGGAN untuk bapa ketahui semua itu.Tolong la ye...BAPA MASIH HIDUP LAGI OK.PAYAH SANGAT AGAKNYA SEKADAR BERKONGSI APA JUA YANG BERLAKU DAN BAKAL BERLAKU DALAM KEHIDUPAN MEREKA.
Aku lagi PELIK setiap kali Syawal,akan berlaku drama air mata,minta ampun segala.Tapi selepas tu?jangankan muka,bayang,bunyi kentut MEREKA pun TIADA.
Kadang-kadang aku terfikir sendiri...agaknya jika sampai masanya kalau Bapa tiba-tiba pergi meninggalkan kami (Ya Allah,Panjangkanlah usia bapa agar aku dan adik-adikku sempat berbakti dan membalas setiap jasa bapa dan mak).Agaknya perlu untuk aku tidak menyampaikan berita tersebut kepada MEREKA.
Aku tidak mengharapkan MEREKA akan terbaca entri ini.Dan sekiranya kalau MEREKA terbaca pun aku tidak kisah jika MEREKA menganggap aku apa pun.Nak buang aku,nak sisihkan aku terpulang...tak hairan dan AAK...Nak marah?Terpulang la.
0 comments:
Post a Comment