CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 8, 2011

Mood yang 'macam-macam ada'...

Isnin aku dan bos kecik selamat meninggalkan bumi KL dan sampai di bumi Keningau...Dan di tengah malam Jumaat ni aku baru berkesempatan melayan dunia on9. Ralat sungguh rasa hati,nak layan SMS dengan encik suami boleh pula line Celcom tunggang terbalik tak boleh hantar mesej.Hangin 1 badan aku...HUH!!!

Menaip sambil ditemani nyamuk2 yang sibuk nak menggigit(sssuuuuhh..suhhh...)~bos kecik sudah tidur nyenyak selepas 2 sesi penyusuan.Sambil tu aku sibuk menggoogle tentang sleeping bag.Bos kecik aku ni jenis tak suka pakai selimut kalau tidur.Maklumlah aku ni jenis tidur suka pasang kipas kuat2(aircond?Sorii..umah aku tak de aircond makon ni.Rumah kat kampung ni aircond semula jadi.Cukup sedap tidur sambil bergulung dalam selimut.hehehehe).Nanti bos kecik kesejukan senang pula kena selesema kan...Dalam sibuk menggoogle aku ter...jumpa gambar ni...
Tersentuh sungguh hati ini...tssskkkkk:(
Aku dpt gambar dari link ini

Emmm...cari info lain jumpa benda lain pula.Semasa menaip entri ini,sesekali aku perhatikan bos kecik yang lena tidur sambil sesekali tersenyum(mengigau la tu.Mimpi apa agaknya si kecil ku ini).Dan ya...bertuah sungguh Adam Haikal ketika ini membesar cukup makan minum,pakai.Ada Papa yang menanggung kehidupan,mencari rezeki dan ada Mama yang menjaga 24 jam(tanpa cuti rehat).Owhh...aku bukan mempersoalkan atau ingin mengatakan kami ibubapa yang terbaik.Tetapi gambar diatas membangkitkan bermacam perasaan dalam diri.Teringat dengan peminta sedekah di kawasan pasar malam tempat aku menyewa di Taman Dato Senu.Ada 2 orang wanita,masing2 membawa anak kecil yang masih menyusu badan.Pernah sekali aku seakan tercampak dalam dunia lain bila asyik memerhati si ibu yang cacat tangannya memanggil2 si anak yang leka bermain.Si anak datang mendekati ibunya terus merebahkan diri untuk menyusu.Aku tidak tahu apa yang bermain dalam jiwa.Sukar untuk dinyatakan,sukar untuk dijelaskan.Terkadang aku terfikir betapa aku terkadang menjadi manusia yang tidak bersyukur atas apa yang ada.Bila aku merungut kalau encik suami terkadang tidak mahu melayan kegilaan aku untuk bershopping2,meminta yang bukan2 sedangkan tahu kemampuan encik suami bukan sebesar itu.

Urmm....nanti kita sambung topik ini ya.Sebabnya mata sudah mengantuk.HUaaarrrrgghhhh...ZZzzzzzzzZZZzzz

2 comments:

.dida mumin♥ said...

sy pun slalu tgk ibu+anak yg minta sedekah kt pasar mlm tu...sy ni hati 'kejam' sikit...saya x sanggup hulur dgn tgn sy sendiri tp sy suruh Dhani, then i will b happy eventho dpt tgk muka ibu tu senyum maybe sbb budak yg bagi @pun berterima kasih ..entah.....then till now semacam habit dhani pula, asal lalu je dpn org2 mcm tu mesti dia minta duit mo sedekah..hehehe...
selamat bercuti d kampung...!!

SheiLyzaCarl said...

Encik suami slalu xmo lyn klu peminta sedekah ni.dia ckp 2 smua sindiket ja.tapi bg sy xluak rezeki yg ada setakat berkongsi RM1:)

Post a Comment