Haikal a.k.a Bos Kecik sudah setahun 9 bulan...pantasnya masa berlalu...Bak kata encik suami, sebelum ni kita tertunggu2 bilalah Haikal boleh berjalan.Sekarang dah pandai berlari pun.Mulut pun becok,walau terkadang tak faham butir percakapan tapi Alhamdulillah perkembangannya tetap menggembirakan kami suami isteri.Sejak akhir2 ni kejap2 org ni akan bertanya bila lagi nak tambah?,kejap2 org 2 pula bertanya bila Haikal nak jd abg ni?.Aduhai...ikutkan kehendak hati aku memang inginkan anak lagi.Tetapi mengingatkan kembali pengalaman bersalin yang bagi aku manis+pahit,keinginan hati akan cepat menjadi goyah semula.
Flashback jom...
EDD Haikal sepatutnya 8,Januari 2010 tetapi sampai ke tarikh itupun bos kecik ni x keluar2 lagi masa 2.Doc bagi 9 hari lagi sebelum 'dipaksa bersalin'.Masa 2 memang aku mengeluh sedikit.Bawa perut yang terlebih hari pergerakan jadi semakin terbatas.Terasa lebih berat pula...angan2 untuk mendapat tarikh lahir yang cantik pun hilang.Aku memang berangan2 untuk melahirkan bos kecik ni pada 01-01-10.Bukan je tarikh cantik xdapat,terlebih hari suda...
Check up rutin dibuat selang 2 hari.Al maklum la aku dah terlebih hari,kena pantau lebih sikit kata nurse.Sejak awal kami suami isteri bersetuju untuk aku bersalin dan berpantang di Keningau, kampung halaman aku.Sebab 2 sejak kandungan 8bulan lagi aku dah balik sendirian ke kampung.Di Keningau, check up semuanya aku buat setakat di klinik kerajaan saja.Layanan di KKIA (Klinik Kesihatan Ibu&Anak) memang baik.xkira nurse yang senior atau pelatih,tutur kata,air muka semua manis belaka.
13/01/10
Tanda 'show' keluar selepas aku bangun tidur sekitar 2 petang.Sebenarnya sejak pagi lagi memang dah terasa sakit perut tapi aku x endahkan sebab sudah hampir 2minggu aku rasakan sakit perut yang sekejap ada sekejap hilang.Dan aku juga rasakan mungkin aku penat sebab aku ke klinik ulang alik dengan berjalan kaki.Orang Keningau mesti boleh bayangkan bagaimana mak buyung ni berjalan kaki dari area Tamu Ground ke klinik di atas bukit.hehehehehe..seakan mendaki anak bukit juga la hokeh...
Disebabkan aku dah terlebih hari,mak dan bapak terus hantar aku ke hospital.
Pengalaman pahit pun bermula...
Disebabkan ini pengalaman pertama+aku memang xsuka suasana hospital jadi aku agak takut sedikit.Time register ok je.Tiba masa untuk doc periksa laluan buat aku jadi sedikit kaku,takut,risau,malu.1stime la katakan...Masa doc (doc ppuan India) suruh baring,kaki bentuk V,aku turutkan dalam rasa berdebar2.Tapi yang buat aku tiba2 rasa nak marah(padahal time 2 aku jadi betul2 stress+takut),disebabkan kaki aku xcukup kangkang kata doc ni.Dia tiba2 dengan kasarnya menolak paha aku untuk buat bentuk V lebih luas lagi.Kalau korang sendiri dalam keadaan yang tiba2,tanpa bersedia utk keadaan mcm 2,1stime pula apa agaknya korang rasa?Paha tiba2 terasa kejang disebabkan tolakan kasar tadi,belum lagi tiba2 perut rasa senak pula.Doc terjerit2 suruh aku relaks masa nak seluk 2.Huh! kalau bukan sebab ni pengalaman pertama rasanya doc 2 mungkin aku maki hamun balik agaknya.Kali pertama dia masukkan tangan dia keluarkan semula sebab tangan penuh dengan darah.Dia beralih untuk buang darah tadi ke tong sampah.Nurse kat tepi aku suruh aku bertenang,jangan stress.Cuma setakat nak check laluan je.Lega sikit rasa hati.Kali kedua doc india selukkan tangan dan beritahu laluan baru 2cm terbuka.Bacaan gula dalam darah pulak tinggi.Haduiii..jd makin risau pula.Doc india ni suruh aku tunggu kejap sama ada aku perlu admit ke tidak.Pakar pula datang..perghhh mcm special case je aku kan?mulanya aku dibenarkan balik dulu.tapi tiba2 doc pakar pula x bagi.hasil scan berat baby lebih dari 4kg.terkejut aku...
Selepas masuk wad,barulah aku dapat 'mengupdated' info terkini dengan encik suami.sedih hati encik suami tiada di sisi buat aku rasa nak nangis je time 2.Sakit pula makin kerap aku rasa.rasa macam dilambung ombak je,turun naik je rasa sakit 2.
14/01/10
Aku menahan rasa sakit+bosan+lapar(tapi langsung tiada selera untuk makan)+mengantuk(tapi langsung tak dapat tidur.huhuhuhu) sehinggalah jam 3pagi.Disebabkan tidak mampu menahan rasa kesakitan,aku minta nurse untuk check laluan.Sempat pula 2 nurse cakap,aku masih sempat senyum walaupun sakit.ermmm..takkan aku nak terjerit2 kesakitan pula kan.nurse kata dah sampai masa untuk masuk dewan bersalin.laluan dah buka 5cm dah.
Aku sempat SMS encik suami bagitau aku dah nak masuk dewan bersalin.apa2 hal mesej Nadia je.
Aku semakin berdebar2 apa episod seterusnya(drama ka???hehehehe).Air ketuban dipecahkan sekitar jam 6 pagi.Jam 7 pagi doc India semalam masuk tanya aku ok ke x(huhuhu..x ok sakiiiitttt sangattttt).Doc check laluan,dah 9cm!!!.Terjerit2 dia panggil doc pakar pula masuk.Jantung aku macam nak terkeluar je time 2.apa hal pula agaknya.Doc pakar pula kata baru 7cm.aiiiihhh....konpius aku jap time 2.
Tapi semua dah ready dah masa 2,masuk pula sorang doc lain.Dia kata dia yang akan sambut baby aku.Dia kata ready dah ke?Sakit ni yang kita semua nak.Supaya baby boleh keluar.ntah apa lagi la kata2 semangat doc 2 bagi.bila laluan dah buka 10cm.bermula sesi tahan sakit+ xdapat tahan sakit+teran...kebetulan jam ada depan mata.Dari jam 8 sampai la jam 10,aku cuba dan terus cuba untuk keluarkan baby.Habis seluruh tenaga...itulah padahnya x cukup tidur,x makan malam tadi.Jam 11lebih pun baby masih belum dapat keluar.CTG baby pun dah x stabil.Doc terpaksa buat keputusan untuk buat emergency czer walaupun aku merayu2 untuk bersalin normal (takut sangat2 dibelah perut punya pasal).Aku sain sendiri semua form masa katil kena tolak ke bilik bedah.Sebelum masuk lift aku sempat terjenguk2 untuk memanggil Nadia.Tapi doc kata nanti mereka akan bagitau.Aku masuk bilik bedah tepat 12.20t/hari.Badan dipasang segala wayar,disuruh sedut gas apa ntah namanya.ayat2 terakhir aku dengar "relaks mama" ,"ambilkan blade yang besar".Aku tak sempat untuk rasa terperanjat sebab lepas 2 aku dah zzzzzzzZZZZzzzz.
Ayat pertama paling syahdu seumur hidup keluar dari bibir selepas sedar "Anak saya mana?"...Bos kecik dan aku hanya dapat 'bertemu f2f' buat pertama kali selepas hampir sejam dia dilahirkan.Memang aku sedih masa awal2 aku lihat Haikal pertama kalinya.sampaikan kawan Nadia pun kata kepala Haikal macam penuh dengan benjolan / bengkak.Haikal juga tak mahu dibaringkan atas tilam,disentuh kepala walau sedikit dia akan melalak sekuat hati.Mungkin kesan ubat bius Haikal terus tertidur tanpa dapat menyusukan dia.Bayangkan aku langsung tak berjaya menyusukan dia walaupun sudah hampir 12jam dia dilahirkan.Hati bagai dihiris2 mendengar dia menangis kelaparan.Hati risau memikirkan air susu yang belum ada, mana lagi melihat bengkak2 yang ada di kepalanya.Bertambah2 stress pula nurse buat muka masa datang ke katil.owhhh..aku rasa nak bawak Haikal lari je balik rumah time 2.
15/01/10
Pagi Jumaat pula,Yana adik aku yg bungsu pula temankan aku sebentar sebab Nadia balik untuk tidur(malam dia xdapat nak tidur).Masa ni la ada sorang nurse yang sungguh tiada adab marah2kan aku sebab Haikal nangis,aku masih x berjaya susukan dia.Memang sial la dia 2!!!Sampaikan Yana sendiri dah naik berang tengok cara nurse 2 melayan aku waktu 2.Dia selak uniform pink aku 2,tarik ni****e sekuat tahap kegeraman dia suakan ke mulut Haikal.Aku menahan kesakitan jahitan,menahan kesakitan ditarik sedemikian rupa...sungguh kalau dalam keadaan yg normal aku memang akan bertindak balas.Tetapi dalam keadaan aku masih menyesuaikan diri,serba serbi pengalaman pertama apa yang terjadi aku hanya bertambah2 STRESS.
Aku menangis sendiri di katil sampaikan orang sebelah perasan.Suami orang 2 siap suruh aku bersabar lagi.katanya biarkan je orang 2.macam la nurse 2 bukan perempuan,x mengandung,beranak.STRESS yg menjadi2 sampaikan aku marah2 xtentu pasal dengan encik suami yg jauh di KL(berdosanya aku kan).Malam 2 aku minta mak pula temankan aku.Sekurang2nya kalau orang tua yang menjaga tak de la nurse2 mulut longkang nak serang aku xtentu pasal kalau2 Haikal meragam lagi.Subuhnya sekali lagi aku xdapat tahan untuk menangis.Haikal dah kena jaundis terus kena ambil darah.
huhuhuhu..panjangnya flashback.bila nak habis ni?hehehehe.
16/01/10
Menjelang t/hari aku dibenarkan balik rumah.Yehhhaaaaaa...aku memang x sabar keluar dari hospital.hehehehe...
Ok3...cukup la berflashback.
Lepas ni sori la aku nak bersalin kat Hospital Keningau lagi.Walaupun cuma sorang dua nurse yang bermulut longkang(nurse2 lain terutama yang tolong tukarkan pad bersalin aku hari pertama bersalin,staff2 dalam bilik bedah,doc yg sambut kelahiran Haikal,nurse2 yg prihatin tolong aku kejap melayan ragam Haikal.TERIMA KASIH BANYAK2 DIUCAPKAN.SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA KALIAN YG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DGN AMANAH).
untuk nurse yg bermulut longkang,ko perli2 aku xreti susukan anak kan?tapi ko tau x anak aku ni sudah hampir 2tahun menyusu badan okeh...kau ada?huh!!!
---encik suami,siap2kan la RM **** ye.nak bersalin kat private la pula utk 2nd baby---
ps:bila ka 2nd baby???ngeh3...